Resepi Chocolate Cake Special

Hai semua. Selamat datang ke blogspot cik dessert😘. Terima kasih kerana berminat untuk lawat blog ni. Harini saya nak tulis satu resepi iaitu cara membuat Chocolate Cake 😉.



 Chocolate Cake ni sangat sedap kalau makan untuk buat jamuan ke, makan sendiri ke kan. So, let's get started.

Bahan-bahan :

Untuk Kek Sponge:
- 2 biji telur
- 60 gram gula
- 50 gram tepung Kek
- 10 gram serbuk koko
- 20 gram susu
- 10 gram minyak

Untuk Syrup :
- 40 gram air panas
- 15 gram gula

Untuk Krim Coklat :
- 100 gram couverture sweet Chocolate
- 50 gram susu
- 200 ml heavy cream
- 15 gram gula

Cara buat :

Kek span :
1. Masukkan 2 biji telur dan 60 gram gula ke dalam mangkuk untuk di campurkan. Kemudian,  mix guna mixer. Sambil mix, letakkan di atas air mendidih 35 darjah celcius dan
mix sehingga 5 minit. Seterusnya, angkat campuran tadi daripada air panas tadi dan mix lagi sehingga menjadi soft.


2.  Seterusnya, masukkan 50 gram tepung Kek, 10 gram serbuk koko lalu gaulkan dengan sudu atau penggaul. Bila sudah rata, masukkan campuran 20 gram susu dan 10 gram minyak. Lalu gaulkan lagi sehingga rata.

3. Kemudian,  sediakan loyang dan sapu dengan marjerin atau minyak dan bakar pada susu 170 darjah celcius selama 20 hingga 23 minit.

Sirap gula:
Campurkan 40 gram air panas dan
15 gram gula sehingga rata

Krim coklat :
1.  Panaskan coklat masak kaedah double boiler lalu gaulkan sampai mencair.

2. Setelah mencair,  campurkan 50 gram susu dan gaulkan rata.

3. Seterusnya, letakkan mangkuk campuran coklat tadi dan letakkan di atas ais.

4. Masukkan heavy cream dan gula lalu mix gula mixer sampai jadi seperti tekstur Krim.

5. Sejukkan di dalam peti ais selama 15 minit.


Jika semua di atas sudah siap, letakkan air sirap di atas kek span dan bolehlah sapukan Krim coklat mangkuk kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

So, itu sahaja dan siap.!! Bolehlah menikmati kek yang sedap ini bersama orang yang tersayang. Mudah bukan resepi tadi? Kalau nak lagi resepi bolehlah kunjungi blog kami.  Komen di bawah resepi apa yang korang nak request. Saya akan try buat. Thank you very much❤

Ulasan